betul apa yang mama cuba sampaikan pada aku. bila sampai di malaysia, air zam zam takkan semanis seperti di dua tanah suci yang baru sebentar aku tinggalkan. nafas yang aku hela takkan pernah sama, walau sehaus mana pun aku di makkah dan madinah, terasa bahang hingga ke dada, udara di sana takkan pernah sama dengan di sini. setiap kali terkenangkan kaki yang penah berpijak pada kota-kota yang penuh berkah, hati jadi yakin dengan langkah yang di buat disini, walau ada manik-manik jernih jatuh ke bumi, bukan petanda aku sendiri harus jatuh. cuma kadang-kadang mencari kekuatan disebalik perasaan yang kian menjauh, sejauh aku dan Haramain yang suci.
perjalanan aku, pengajaran yang Allah sedang ajarkan, disana amat bermakna. walau hanya pada pandangan aku yang jelas kelihatan, walau dipandangan yang lain, tiada satu pun bingkisan memori yang tertinggal, tapi aku tetap tahu. Dia membawa aku melalui satu rasa yang amat indah dan benar, namun tetap ada hiba dan sayu.
aku belajar, aku mula tahu mengapa manusia yang pernah pergi ke tanah suci, jika di beri kesempatan ruang dan wang, akan menjadikan tanah suci tempat utama kunjungan. argh....... tak pernah salah kan? ya, jika diikutkan memang di wajibkan keatas muslim itu, seumur hidup hanya sekali untuk menunaikan Haji bagi melengkapkan rukun yang lima. terkadang ada yang sering mempertikai mengapa tidak disedekahkan saja pada yang kurang mampu, itu lebih baik dari pergi ke tanah suci. berdesing telinga ini mendengar.
kamu pernah jatuh cinta? itu perasaan nya bila kamu berdiri, dan dihadapanmu itu kaabah yang mulia. itu perasaan manusia yang cuba mencari kemewahan dan kebahagiaan hati di Makkah. ya aku tahu itu perasaannya.
kerana disana, kamu sangat dekat,dekat, dekat dengan Allah. sangat dekat, bagai hatimu telah dibisik dengan kata-kata indah tuhan. "mohonlah,aku sedang mendengar" dan airmata mu takkan dapat bertahan lagi.
ahhh....aku hanya pandai menyusun kata.
ini hanya sekadar perkongsian. aku akan ceritakan. sedikit-sedikit tentang perjalanan ku. kerana ini sangat istimewa, jadi aku hadiahkan bahasa yang molek agar terasa lebih baik untuk dibaca.