pemisah aku dan engkau.
syukur aku, engkau menginjak pergi
sedikit demi sedikit ia menghilang.
bayang-bayangmu makin pudar.
dalam diam aku ketar
dalam diam engkau beredar
dalam diam kita sedar
bukanlah milik tegar
pada rasa yang sebentar
benarkah hanya aku
selama terlafaz pengakuan
tidak sedikit engkau terkesan
nilai cinta yang diluahkan.
"simpan rasa itu pada yang sebenar.."
aku tahu itu pada yang halal
terima kasih
walau hadirmu sebentar,
hikmahnya besar,
aku kutip mutiara yang engkau tinggalkan,
buat bekal pencari Tuhan.
cinta ku padamu,menjauhkan aku darimu,dan mendekatkan aku pada Tuhan, Im.
aku melihat imam dalam dirimu.
aku mencari diriku bukan kerana mu, tapi kerana diriku sendiri.
bukan untuk menarik perhatianmu, tapi menarik perhatian Tuhanku.
benarkah?
ya, aku cinta padamu, tapi benarkah aku mencintaimu kerana Tuhan? atau aku berselindung disebalik cinta Tuhan dan khayalan dunia untuk memujuk diri yang menginginkan yang sebaikmu? aku berfikir, tentang apa cinta Tuhan, mencari makna panahan cinta manusia, adakah aku mencintai Tuhanku?
kalau aku menginginkan cinta Tuhan, mengapa engkau yang aku seru? mengapa engkau yang aku bayangkan? mengapa engkau yang aku cari,dan sebut2 sedangkan aku mencari Tuhan dan bukan kamu!
ya, aku berselindung disebalik, "aku mencintai kamu kerana Tuhan"! tidak! aku menipu diriku sendiri. aku mencintaimu kerana nafsuku , walau aku tidak pernah menilai kamu dari paras rupamu melainkan kebaikan dan agamamu yang meyakinkan yang akan membawa aku kearah yang baik, tapi secebis rasa INGIN pada mu adalah nafsuku semata2!
Setelah tersedar dari lamunan yang amat panjang, mencari-cari jawapan, ini jawapan aku, aku lepaskan kamu, bermakna, aku tidak menginginkanmu, pergi! kerana, aku ingin mencintai Tuhan, walau masih sangat JAUH untuk menggapai cita-cita setinggi itu.sangat JAUH. aku lepaskan kamu, wahai manusia yang aku sangat cintai, sedekat mana pun engkau denganku, aku lepaskan engkau pergi.
dan jawapan aku cuma satu, mujahadahku dengan nafsu dan rotaanku terhadap dunia dan seisinya tak akan pernah habis hingga ke akhir nafasku.
Labels: