didikan sikecil
perlu ada marah
perlu dipukul
perlu selalu diingatkan
walau akhirnya
ia,
sentiasa melakukan kesilapan
kesakitan dipelajarinya
sentiasa memperbaharui diri
untuk hidup sebagai manusia
membentuk sikecil menjadi manusia
…
didikan seorang hamba dari Tuhan
perlu selalu diuji
perlu selalu diberi rasa putus asa
perlu ditarik nikmat selesa mengapa?
kerana rasa sakit itu
mengajar
memberitahu
membuka hijab yang sedia tertutup
erti kepayahan dan tawakkal, syukur
hanya satu tujuan
membentuk manusia menjadi hamba
jika si kecil tidak pernah letih,
mengapa kita sentiasa merungut ,penat itu dan ini?
si kecil ni buat aku terfikir~ |
2 comments:
owh ila..terpikir apekah ttg amin??
amin mane penah give up kan...?? (:
Post a Comment