ya Allah,mengenai urusan jodohku yang hanya ada pada pengetahuanMu,
ya Rabb, aku serahkan urusan ini kepada Mu
Jelasnya aku mencari yang mencari sepertiku
yang sepertiku
yang sepertiku
mampu meruntuhkan egonya dan ego ku
sebahagian dari hatiku berpaut padanya hingga ke syurga
pemegang kunci syurgaku
yang sepenuhnya dapat membimbingku
menjadi imam dalam masjid yang terbina bersama-sama zuriat keturunanku
aku mencari yang seperti itu,
walau masih aku lemah dengan duniaku
aku yang sedang mencari agamaMu
ketemukanlah aku kami bila sampai waktu yang tertulis.
aku redha sekiranya engkau menjemputku sebelum bertemunya aku dengannya didunia.
moga disana aku lebih aman.
ketemukanlah aku dengan agama Mu
aku tak inginkan sesuatu yang menjadi igauan dan angan semua manusia
aku hanya mahukan yang nyata, luahan yang benar
bukan angan kosong.
Labels:
0 comments:
Post a Comment